Perhimpunan besar Hindraf

Pada hari 25 November 2007 Hindraf menganjurkan perhimpunan 100,000 penduduk India dan menghantar memorandum ke Kedutaan Britain di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Memorandum dengan 100,000 tandatangan ditujukan kepada Ratu Elizabeth II.

Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Veerasingam kesal dengan tindakan memanggil masyarakat Hindu menyertai perhimpunan haram itu melalui sistem pesanan ringkas (SMS). [12] Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dan bebas mengadakan perhimpunan, tetapi perhimpunan seramai 100,000 akan mencetuskan ketegangan kaum.

  • Ibu pejabat polis di Balai Polis Cheras tidak meluluskan permit kepada perhimpunan ini. Surat permohonan telah dihantar oleh Hindraf kepada Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Ahmad Amir Mohd Hashim di Balai Polis Cheras pada 7 November 2007. Rayuan kedua juga ditolak oleh Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 15 November 2007.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata polis akan mengambil tindakan terhadap peserta perhimpunan haram ini. Perhimpunan ini boleh menyinggung perasaan kaum lain dan menyebabkan pergaduhan kaum. Perhimpunan ini akan mengugat keselamatan negara malah ekonomi negara akan terjejas teruk. Pelbagai pihak akan mengekploitasi perhimpunan ini dan mencetuskan huru-hara terutama kumpulan kongsi gelap. Peserta perhimpunan yang berselindung di sebalik kanak-kanak sebagai benteng manusia akan didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak.[13]
  • Pada 22 November 2007, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulhasnan Najib Baharuddin berkata, mereka yang hadir akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 27 Akta Polis. Sentimen perkauman akan diapi-apikan oleh pihak tertentu.
  • Polis terpaksa bertindak awal dengan mengadakan sekatan jalan raya bermula pada 20 November 2007. Pemeriksaan rawak setiap kenderaan ke arah Kuala Lumpur. Sesiapa yang membawa senjata dan alatan berbahaya akan didakwa.
  • Pada 30 Oktober 2007, beberapa pemimpin Hindraf telah ditahan kerana mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur. Antaranya ialah Waytha Moorthy Ponnusamy, M. Manoharan, Uthayakumar Ponnusamy dan S. Ganapathi Rao.

Rujukan

WikiPedia: Hindraf http://www.hindraf.co/ http://www.atimes.com/atimes/Southeast_Asia/HA14Ae... http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=... http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.financialexpress.com/latest_full_story.... http://www.financialexpress.com/old/latest_full_st...